Rahsia Pelajar Cemerlang UCAM

Ada 3 pelajar cemerlang Kolej Universiti AgroSains Malaysia (UCAM) yang akan berkongsi kisah kejayaan mereka menjadi pelajar cemerlang pada tahun 2016.

Mari kita bongkarkan Rahsia Pelajar Cemerlang ini , macam mana diorang pelajar universiti boleh berjaya dalam pelajaran. Ada antara mereka yang gagal sejak dari sekolah rendah lagi dan mereka bangkit untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi Muhammad Naim Muhammad Zahid faktor kejayaannya adalah berdasarkan kepada sikap tidak mudah putus asa dan kesedaran pentingnya pendidikan dalam kehidupan. Ditambah pula dengan redha dan doa dari ibubapa sangat penting dalam kejayaannya.

Graduan Terbaik akademik iaitu Syaiful Syafiq Lokman pula berkongsi kisah kejayaannya iaitu dengan sikap ambil berat terhadap pelajaran, fokus ketika kuliah dan sering berbincang dengan kawan-kawan

Bagi Mohd Khairul Amin Roslan graduan terbaik kokurikulum menggunakan pengalaman bekerja di ladang sawit sebagai faktor kejayaannya dalam bidang kokurikulum.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *