Rahsia Pelajar Cemerlang – Kisah Pelajar MALAS

Kisah rahsia pelajar cemerlang SPM yang merupakan seorang pelajar yang malas pada mulanya di tingkatan. Apabila dia mengedari dari kesilapan pada waktu itu masa tinggal lagi 3 bulan sebelum peperiksaan SPM dan bagaimana dia menghadapi dan bertindak dalam tempoh masa yang singkat itu untuk bangkit menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat 10A.

Kisah yang menakjubkan dan menjadi inspirasi bagi pelajar-pelajar yang senasib yang sering study last minute dan masih lagi mengelamun lena diulit intan.

Bagaimana dia mengatasi masalah itu, mari kita mulakan dengan kisah ini, seorang pelajar lelaki ini bercerita kisah dan pengalamanya dalam menempuh perjalanan sebelum menjadi pelajar cemerlang SPM 10A.

Pada mulanya dia seorang pelajar yang malas di tingkatan 4 hinggalah ke tingkatan 5, masa berlalu begitu saja tanpa belajar bersungguh-sungguh sehinggalah pada suatu hari dia tersedar kesilapannya. Tapi malangnya tempoh masa pada waktu untuk peperiksaan SPM sudah semakin dekat cuma tinggal lagi 3 bulan untuk dia bangkit belajar bersungguh-sungguh.

Apabila dia tersedar dari kesilapan itu lalu dia memulakan langkah bangun solat malam dan berdoa pada Allah memohon untuk dipermudahkan belajar dan memahami pelajaran di sekolah. Tapi malangnya setelah belajar dan terus belajar satu apa pun tak faham dan tak masuk dalam fikiran dia sebab selama ini dia tidak belajar langsung di sekolah dan di rumah.

Dia mengambil sikap tidak berputus asa atas apa yang berlaku dan meneruskan solat malam setiap hari dan setelah selesai solat dia belajar bersungguh-sungguh. Pada mulanya memang dia tidak faham langsung dan apabila masuk bulan seterusnya berlakulah KEAJAIBAN pada dirinya, setiap dari apa yang dibaca dan dipelajari akan terus fahami dan masuk ke otak dan terus ingat semacam air yang mengalir laju masuk dalam bekas. Dia mampu merasakan bab yang dibaca dan rajah-rajah penting akan masuk dalam peperiksaan. Bayangkan sebahagian besar apa yang terlintas dalam gerak hatiya semua keluar dalam peperiksaan.

Inilah kuasa solat malam yang menjadi amalan pelajar cemerlang SPM 10A yang boleh pelajar-pelajar ikut amalkan. Apabila Allah reda maka semuanya akan menjadi mudah dan lancar. Bayangkan dalam masa 3 bulan sahaja pelajar ini boleh bangkit untuk menjadi pelajar cemerlang atas sebab melakukan solat malam dan tekun belajar setiap hari tanpa rasa jemu dan putus asa.

Baca juga Rahsia Pelajar Cemerlang di laman web www.rahsiapelajarcemerlang.com untuk belajar rahsia bagaimana pelajar cemerlang UK ini menjadi pelajar cemerlang di sana, apakah teknik rahsia yang diguna pakai sehinggakan semua adik beradiknya lulusan luar negara dan cemerlang di sana.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *