Rahsia Pelajar Cemerlang – Belajar 8 Jam Sehari

Menjadi pelajar cemerlang menjadi idaman dan harapan semua pelajar, namun tidak ramai yang tahu dan mahu korbankan masa untuk belajar lebih waktu selepas kelas.

Disini saya kongsikan teknik Rahsia Pelajar Cemerlang yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan masa belajar lebih selain dari waktu guru mengajar di kelas.

Pelajar-pelajar boleh lakukan ini untuk dapatkan 8 jam masa belajar tambahan bagi membuat kerja rumah, menngulangkaji atau membuat latih-tubi soalan-soalan.

Cuba dapatkan 2 jam di waktu subuh untuk belajar iaitu antara jam 4 pagi hingga 7 pagi. Waktu subuh adalah waktu yang paling sesuai untuk belajar kerana waktu pagi udara segar, otak segar dan suasana persekitaran yang masih sunyi tiada gangguan.

Dapatkan 30 minit sebelum perhimpunan sekolah, pelajar digalakkan untuk datang awal ke sekolah bagi membolehkan dia mengulangkaji pelajar yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut.

Curi masa 30 minit sewaktu peralihan kelas, biasanya setiap waktu kelas akan ada waktu luang dalam 5 minit hingga 10 minit, jadi gunakan waktu itu untuk belajar. Contohnya dalam sehari ada 4 mata pelajar yang anda belajar jadi akan ada 4 orang guru akan bertukar masuk ke kelas. Selang masa sementara menunggu guru masuk gunakan masa itu untuk belajar.

1 jam di waktu tengahari, biasanya waktu tengahari ini ada pelajar dan mula untuk balik ke rumah dan ada juga yang masih menunggu ibubapa atau bas sekolah datang. Gunakan ruang masa antara jam 12 tengahari hingga jam 2 petang itu untuk membaca atau belajar sementara mengunggu ketibaan ibubapa atau bas sekolah.

Sebelah petang adalah waktu untuk beriadah iaitu dari jam 5 hingga 6.30 petang. Dapatkan masa 2 jam belajar sebelum waktu asar iaitu dari jam 2 petang hingga 4.30 petang.

2 jam selepas waktu maghrib adalah masa yang sesuai untuk belajar biasa antara jam 7.30 malam hingga 9.30 malam. Belajar waktu malam penting sebab anda boleh bersedia untuk pelajaran pada esok bagi sebelum guru mengajar mata pelajaran berkenaan.

Kalau djumlahkan semua sekali iaitu…

  1. 2 jam waktu subuh ( 2 jam)
  2. 30 minit sebelum perhimpunan ( 0.5 jam)
  3. 30 minit waktu peralihan kelas (0.5 jam)
  4. 1 jam waktu tengahari ( 1 jam)
  5. 2 jam sebelum asar ( 2 jam)
  6. 2 jam selepas maghrib ( 2 jam)

2+0.5+0.5+1+2+2 = 8 JAM WAKTU BELAJAR

Inilah Rahsia Pelajar Cemerlang yang boleh pelajar-pelajar amalkan untuk menjadi seorang pelajar cemerlang di bidang masing-masing. Kejayaan pasti akan muncul apabila ada usaha yang berterusan tanpa jemu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *