Rahsia Pelajar Cemerlang 9A SPM

Belajar di kawasan bandar dan juga zaman sekarang ini penuh mencabar kerana terdedahkan tarikan dan godaan penggunaan gadget iaitu telefon pintar (smarphone).

Disini dikongsikan 4 kisah Rahsia Pelajar Cemerlang yang berjaya mendapat 9A SPM, jom ikuti selanjutnya.

Bagi 4 pelajar ini iaitu Amirah, Intan Syafinaz Hatta, Kamaleshwaran A/L Ganesan dan Razleena Aida Mohamed Razif ianya bukanlah satu penghalang untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dengan semua A untuk 9 mata pelajaran.

Kata Amirah, persekitaran sekolah yang terletak di tengah bandar dan telefon pintar tidak menggugat fokusnya kerana apa yang penting adalah disiplin ketika mengulangkaji pelajaran.

Kata mereka, penggunaan aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram amat dielakkan terutama sekali ketika sedang mengulangkaji pelajaran.

Manakala bagi Intan, penggunaan aplikasi tersebut dihadkan hanya untuk membincangkan mengenai pelajaran.

Bagi Razleena pula, penggunaan telefon kadangkala perlu bagi menghilangkan tekanan.

“Saya hanya gunakan telefon atau keluar bersiar-siar selepas selesai belajar dan menghilangkan tekanan. Sebagai pelajar, kita kena bijak seimbangkan aktiviti harian dan belajar.

Apa yang penting disini adalah pelajar perlu bijak menggunakan smarphone untuk kegunaan yang bermanfaat dan mendisiplinkan diri dalam menggunakannya.

Inilah rahsia pelajar cemerlang SPM 9A yang berjaya mengawal penggunaan smarphone dari mengganggu proses pembelajaran dan seterusnya menghalang dari mencapai kejayaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *