7 Rahsia Pelajar Cemerlang Dibongkarkan

Menjadi pelajar cemerlang sememangnya menjadi impian semua orang yang bergelar seorang pelajar. Tidak kiralah di peringkat manapun sudah pasti itulah matlamat terakhir seorang pelajar iaitu ingin menjadi pelajar cemerlang apabila tamat pengajian atau persekolahan.

Bagi menjadi pelajar cemerlang ianya memerlukan sebuah rahsia yang selama ini dijadikan amalan dan diguna pakai oleh bekas pelajar cemerlang di seluruh dunia. Rahsia ini dinamakan sebagai Rahsia Pelajar Cemerlang kerana ianya sememangnya tidak didedahkan secara umur atau terbuka dan bukan semua pelajar tahu rahsianya.

Hanya sebahagian pelajar sahaja yang tahu dan mengamalkan rahsia pelajar cemerlang dan mereka dengan mudahnya menjadi seorang pelajar cemerlang. Antara rahsia yang diamalkana oleh bekas pelajar cemerlang adalah seperti di bawah ini…

1. Berikan tumpuan dalam kelas dan meng hafaz ayat Al- Quran dijadikan amalan oleh pelajar Nur Syuhadah pelajar cemerlang SPM 2009. Beliau memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah, Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST).

2. Usaha ibubapa dan rakan-rakan yang sering membantu dan memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam sehari untuk menyiapkan kerja sekolah dan membuat ulangkaji. Ini adalah rahsia pelajar cemerlang Tan Yen Ling 19, mendapat keputusan 14A+.

3. Membaca Al-Quran dan surah Yaasin setiap hari menjadi amalan rahsia pelajar cemerlang Muhammad Harith Mohd Fauzi pelajar cemerlang SPM dengan berjaya memperoleh 11A iaitu 9A+ dan 2A serta diumumkan pelajar terbaik sekolah tersebut. Harith, 18, kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Kimia peringkat asas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan bercita-cita menjadi seorang jurutera.

4. Usaha gigih, konsisten dan fokus menjadi rahsia pelajar cemerlang iaitu Beh Yuan Ye 17, muncul antara pelajar terbaik Kedah apabila berjaya memperoleh 13A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

5. Sikap mahu bersaing dengan rakan-rakan menjadi rahsia pelajar cemerlang seorang pelajar OKU. Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.
Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras.

6. Membuah ulangkaji 1 -2 jam sehari dan tidak tidur lewat menjadi amalan rahsia pelajar cemerlang 2 pelajar kembar iaitu Suraya Nadzirah dan Suraya Nabilah Izhar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

7. Bantuan dari rakan-rakan yang cemerlang dan saling bersaing dalam pelajaran menjadi amalan rahsia pelajar cemerlang Nurizzati Datuk Zainal Nazeri dari Kolej Yayasan Saad (KYS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *